** WELCOME TO MY BLOG **

Monday, June 14, 2010

Perkakasan Input

Perkakasan input mengandungi peranti luaran, iaitu komponen yang terletak di luar CPU. Ia merupakan peranti yang menerima data dan menghantarnya ke CPU. Data yang diterima oleh peranti input mestilah dalam bentuk yang sesuai (misalnya pembaca kod bar hanya menerima data dalam bentuk kod bar). Peranti input menukar data kepada bentuk binari yang boleh diterima oleh CPU. 


Papan Kekunci (Keyboard)

Papan kekunci adalah seperti mesin taip yang membenarkan pengguna memasukkan teks dan arahan kepada komputer. Papan kekunci merupakan media yang menjadi sumber memasukkan data ke dalam sesebuah PC samada melalui perisian atau melaksanakan operasi PC. Dalam banyak aspek, kekunci menjadi pembantu kepada tetikus.









Tetikus (Mouse)

Tetikus pula adalah alat penunjuk (pointing device) yang direkabentuk untuk digenggam dengan sebelah tangan. Ia mempunyai peranti pengesan (biasanya bebola) di bawahnya yang membolehkan pengguna mengawal kursor dengan menggerakkannya di atas permukaan rata. Tetikus merupakan aksesori yang memudahkan operasi dalam persekitaran GUI (Graphical User Inrerface) atau Windows. Pengguna dengan mudah melakukan pelbagai operasi dengan menggerakkan petunjuk dan mengklik butang tetikus. 












mzamir1684 copyright

No comments:

Post a Comment